Saturday, November 12

Membuat sebutharga untuk eksport

Panduan membuat sebutharga mengikut kiraan kos yang terlibat bagi eksport produk anda keluar negara atau mahu jadi pengimport dan Terma Perdagangan atau Perkataan Ringkas seperti FOB atau CIF yang selalu digunakan bagi menentukan cara bayaran sebagai panduan untuk Penjual dan juga Pembeli mengikut International Commercial Term pindaan 2010.
sila klik image untuk besarkan
Ramai dikalangan Usahawan SME atau orang-orang Marketing dibidang pertanian, akhir-akhir ini menerima maklum balas dari portal-portal niaga seperti alibaba.com menerima pesanan atau 'request' dari pembeli luar negara terutama dari Pakistan, China atau Korea mengenai produk seperti PKE, PKC, DDS, Pelet OPF, Rice Bran, RBO dan macam-macam lagi. Nasihat saya berhati-hati dengan cara diaorang kerana kebanyakannya tujuan sebenar adalah untuk mengetahui harga atau meminta sample produk yang lain atau saja nak tahu sebutharga kita dan juga kalau boleh biarlah urusan bayaran secara FOB kerana cara tersebut lebih selamat kerana kita meminta Pembeli membayar terlebih dahulu produk yang akan di-eksport keluar negara manakala CIF selalunya di bayar secara Bank Guarantee iaitu untuk produk atau barang yang di-import masuk dari negara luar. Hanya 20% jer diaorang ni yang 'genuine buyer' yang lain semuanya hampeh! kalau bukan broker atau runner, mereka hanyalah posers! So, berhati-hati lah!